Saturday, May 4, 2013

Apa Motif Lajim Minta Dipecat Dari UMNO?

BEAUFORT : Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang juga calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan secara rasmi keluar dari Umno setelah meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Julai tahun lepas. 

Beliau yang juga bekas timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata sebelum ini beliau masih menjadi anggota Umno setelah meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. 

"Ini cuma sebagai pengumuman rasmi. Bagaimanapun sejak menyertai Pakatan Rakyat saya anggap telah keluar dari Umno kerana saya hanya menunggu Lembaga Disiplin Umno memecat saya namun sehingga sekarang tindakan itu masih belum dilaksanakan. 

"Yang anehnya ahli Umno yang bertanding atas tiket Bebas pada PRU13 ini dipecat serta merta kerana menyalahi peraturan parti. Saya melakukan perkara yang sama tetapi tidak juga dipecat," katanya pada sidang media di kediamannya di sini. 

Lajim berkata sehingga kini beliau tidak tahu mengapa Umno tidak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, dan ini mungkin akan menjadi isu. 

"Saya akan menghantar borang keluar dari Umno selepas pilihan raya nanti," katanya.

--BERNAMA

Apa sebenarnya motif Lajim minta dipecat dari UMNO? Untuk mendapatkan undi simpati?? Beliau cuba timbulkan persoalan bodoh kenapa sehingga hari ini beliau tidak dipecat dari parti sedangkan ahli UMNO yang bertanding atas tiket bebas telah dipecat serta-merta.. Sepatutnya Lajim bertanya kepada diri sendiri, kenapa sehingga hari ini beliau tidak menghantar borang keluar dari UMNO.. Sebenarnya apa yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO sama sahaja dengan apa yang dibuat oleh Lajim Ukin.. Jesteru, Lajim patut bertanya kepada diri sendiri kenapa beliau enggan menghantar borang keluar UMNO,, dan kenapa perlu tunggu selepas pilihanraya barulah beliau akan berbuat demikian..

Bermakna selama ini perjuangan Lajim Ukin adalah palsu semata-mata.. jika beliau benci sangat dengan UMNO dan jika beliau yakin bahawa UMNO atau kerajaan BN telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya di negeri ini, kenapa beliau masih sudi bergelar ahli UMNO? Tetapi dalam masa yang sama melakukan pembelotan secara terang-terangan dengan menyokong pembangkang dan bertanding atas tiket pembangkang..

Mungkin ada kebenarannya bahawa tindakan Lajim menyokong PKR adalah kerana beliau telah mengetahui lebih awal bahawa beliau tidak akan dicalonkan pada PRU13 ini.. Maka sebab itu beliau mengambil keputusan menyokong PKR memandangkan Anwar telah menjanjikan beliau jawatan yang lebih besar selain dari bertanding pada pilihanraya umum kali ini.

Mungkin juga tindakan Lajim ini sekadar untuk menyelamatkan karier politik beliau yang semakin suram, atau sekadar mengambil jalan selamat sekiranya berlaku perubahan kerajaan selepas PRU13 ini.. Tidak mustahil, Lajim akan kembali kepada UMNO sekiranya Pakatan gagal merampas kerajaan, dan begitu juga sekiranya BN gagal mempertahankan kuasa..

**HARAP PENDUDUK BEAUFORT BERHATI-HATI DENGAN SI RAJA JUDI LAJIM UKIN

2 comments:

  1. Lajim yang bertanding atas tiket PKR selepas meninggalkan BN tahun lalu tewas kepada Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun, manakala Bumburing yang turut menggunakan lambang PKR kalah kepada calon BN yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau.

    ReplyDelete
  2. Bagaimanapun, Lajim merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang sebelum ini disandang Azizah apabila menewaskan calon muka baru BN, Isnin Aliasnih hanya dengan kelebihan 179 undi.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.