Wednesday, May 1, 2013

Penduduk Melalap jangan tertipu dengan pembohongan Roger Stimin

Misi Membohongi Rakyat Menjelang PRU13 Oleh Calon SAPP
Pembangkang beralasan bahawa rakyat dikawasan sekitar DUN Melalap yang penduduknya mencecah lebih 5,000 orang marah kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal menunaikan beberapa pembangunan yang pernah dijanjikan mereka sejak PRU-12.

Antara janji pembangunan yang didakwa mereka telah gagal ditunaikan kerajaan BN seperti pembinaan pekan kecil Melalap, pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan jambatan di Pusat Kebudayaan Murut (PKM) sebagai jalan pintas terus ke Taman Pertanian Sabah (TPS) Lagud Seberang.

Malahan pembangkang terus mengambil kesempatan dari kelemahan BN itu dan terus menjaja isu tersebut sejak tahun 2008 dengan harapan bahawa rakyat akan terus membenci kerajaan BN terutamanya Wakil Rakyat Dun Melalap dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar yang tidak berasas.

Bagaimana pun taktik politik pembangkang terutamanya Parti Maju Sabah (SAPP) melalui calonnya Roger Stimin, tidak dapat bertahan lama untuk menjaja isu-isu tersebut kerana pada akhirnya, kerajaan BN mampu menunaikan janji-janji tertunggak mereka satu demi satu.

Pembinaan pekan kecil Melalap yang menjadi tunggak isu mereka telahpun melalui proses pecah tanah yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pada bulan September tahun lepas sebagai simbolik memulakan pelaksanaan projek tersebut, manakala jambatan di PKM sudah diluluskan kerajaan termasuk perlantikkan kontraktor. Namun, Musa dalam kenyataannya berkata, pembangunan pekan itu akan mengambil sedikit masa kerana tapak pekan baharu tersebut di kelilingi tanaman kelapa sawit yang diusahakan Sime Darby Berhad.

Tamparan demi tamparan terpaksa diterima pembangkang kerana isu-isu yang mereka jaja sebelum ini kini kerajaan BN telah mula menunaikannya satu demi satu termasuk pelaksanaan SDC. Kerajaan juga telah memenuhi permintaan rakyat dengan pembinaan jambatan Binaie, membaiki jalan raya yang rosak, memberi bantuan kepada golongan orang tua yang berumur 60 tahun, menaiktaraf jalanraya Kg. Binsilon ke Kg.Tumantalik dan jambatan alternatif pusat kebudayaan Murut ke Lagud seberang.

Kerajaan BN tidak menghampakan permintaan rakyat melalui wakil rakyat mereka dimana pelbagai pembangunan kini sedang dan telah dilaksanakan seperti menaiktarafkan Pekan Baru Melalap dan baru baru ini perasmian Mesej di Ulu Patian dalam daerah Kecil Kemabong. Malahan kerajaan juga telah mengeluarkan beribu ekar tanah daripada kawasan hutan simpan untuk diageh-agehkan kepada rakyat Tenom dan Kemabong yang tidak mempunyai tanah. 

Walaupun semua bantuan dan sumbangan kerajaan ini cuba disembunyikan oleh calon pembangkang di kawasan berkenaan, dan digantikan dengan pelbagai bentuk pembohongan serta hasutan untuk membenci kerajaan, namun penduduk Melalap pasti akan tetap menyokong calon BN kerana mereka juga tahu bahawa pembangkang tidak akan mampu melaksanakan misi pembangunan di kawasan tersebut jika bukan parti mereka yang memerintah negara ini. Lebih-lebih lagi selepas presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee telah membuktikan kelemahan beliau dalam mengurus-tadbir negeri ini ketika beliau menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah.

Selain itu, gagasan pembangkang dikawasan Parlimen Tenom terdiri daripada SAPP, DAP, PKR dan Parti Star yang saling tidak sebulu dalam apa apa juga strategi untuk menghadapi BN pada PRU-13 dijangka menjadi sebahagian daripada masalah mereka untuk merealisasikan impian mereka untuk menawan kawasan ini daripada kuasa BN.

1 comments:

  1. penduduk Melalap harsu bijak membuat pilihan, jgn silap buat pilihan

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.