Thursday, May 9, 2013

SAPP Buat Laporan Polis Kerana Kalah Teruk PRU13?

KUDAT - Sabah Progressive Party (SAPP) Tanjung Kapor Youth led by Chong Vui Fong, has lodged a police report at the Kudat District Police Station to urge the police to investigate the shocking allegation that SAPP president was bought off by Barisan Nasional (BN) with RM80 million to help BN win in the 13th General Election. 
The rumour mongering spread widely in Sabah especially in the urban areas has discredited SAPP president Datuk Yong Teck Lee and the party and was made the main topic among the general public of whom many believed it to be true. This malicious and vicious lie spread by irresponsible rival politicians is one of the main factors affecting SAPP's credibility and contributed to its dismal performance in the recent polls. - WIKISABAH
Aikk.. SAPP pun tidak puas hati?? Heran aku... Parti lain salahkan SPR, peliknya SAPP pula salahkan DAP.. Tolonglah bagi alasan yang profesional sikit.. Sudahlah kalah teruk, alasannya pula "sekadar ada" untuk diceritakan pada umum.. Dah tau parti tu kecik cam nyamuk, lawannya pula cicak gergasi, nak juga beralasan..??

Pasti ramai yang tidak tahu mengenai tuduhan RM80 juta ni.. Bullet sendiri pun baru saja mengetahui tuduhan ini ketika musim kempen pilihanraya. Menurut Yong Teck Lee (dalam satu kempen beliau di Kota Kinabalu), dua bekas pemimpin SAPP, ketua DAP Sabah Jimmy Wong dan Hiew King Cheu kononnya telah menuduh beliau menerima sebahagian dari RM80 juta daripada Datuk Seri Musa Aman yang diagihkan kepada parti-parti pembangkang untuk memecah belah undi pembangkang.

Dalam penafian Yong Teck Lee, beliau turut berkata bahawa Musa Aman tidak akan sebodoh itu mahu membiayai lawannya sendiri. Bermakna, dalam hal ini, Yong Teck Lee mengakui bahawa Musa Aman tidak melakukan perbuatan itu untuk memenangkan Barisan Nasional. Jesteru, perang fitnah ini hanya antara SAPP dan DAP. Laporan polis yang dibuat juga tentunya ditujukan kepada DAP..

Namun yang amat mengherankan adalah, bagaimana tuduhan RM80 juta yang sudah dinafikan oleh pemimpin-pemimpin SAPP, boleh menjadi punca kepada kekalahan SAPP di semua kerusi yang ditandinginya?? Untuk pengetahuan anda semua, SAPP telah meletakkan calonnya di 8 kerusi Parlimen dan 41 kerusi DUN.. Malangnya tidak ada satu kerusi pun yang dimenangi oleh SAPP.. Logik kah kekalahan di semua 49 kerusi itu disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas ini??

Sebelum pemuda SAPP memilih isu itu sebagai alasan untuk menutup kekalahan dan kelemahan mereka, bukankah lebih baik jika mereka melihat dahulu siri tuduhan atau fitnah yang pernah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin BN dan juga pembangkang yang lain?? Ada tuduhan yang lebih dahsyat dari itu, namun kemenangan tetap memihak kepada mereka.. Kenapa?? Kerana rakyat tidaklah sebodoh yang disangkakan oleh pemimpin-pemimpin SAPP.. Malah rakyat lebih bijak menilai berbanding dengan pemimpin-pemimpin politik mengenai samada perlu bagi mereka untuk mempercayai tuduhan itu atau tidak. 

Sepatutnya SAPP melihat kepada faktor lain seperti kredibiliti presidennya yang sudah tercemar kerana gagal menggalas tugas sebagai Ketua Menteri Sabah (1996-1998), atau mungkin juga disebabkan oleh agenda perjuangan SAPP yang terlalu bersifat kenegerian... atau mungkin ada perkara-perkara lain yang tidak disenangi oleh rakyat.. so, apa salahnya SAPP buat dahulu SWOT analisis??

Membuat laporan polis selepas berakhirnya pilihanraya umum berjaya menyerlahkan lagi kebodohan barisan pemimpin SAPP.. Kenapa tidak dibuat sebelum tarikh pengundian?? Adakah ini caranya SAPP menghadapi kekalahan? dan adakah ini caranya SAPP melakukan penambahbaikkan?? Jika beginilah caranya SAPP berpolitik, baik bubarkan saja SAPP dan arahkan Yong Teck Lee bersara terus dari arena politik..

Melihat kepada pencapaian SAPP dalam PRU13 ini, Bullet yakin bahawa hasrat mereka untuk menubuhkan kerajaan baru tidak akan tercapai sampai bila-bila. Ini kerana, penilaian rakyat bukan berdasarkan fitnah atau pembohongan, sebaliknya berdasarkan kepada kredibiliti, integriti, keboleh-percayaan serta kebijaksanaan pemimpin-pemimpinnya dan juga parti yang diwakili.

**KALAU SAPP MENANG, ADAKAH MEREKA AKAN BUAT LAPORAN POLIS??
**INILAH SIFAT PEMBANGKANG ZAMAN SEKARANG.. LIAT SANGAT MENGAKUI KELEMAHAN

3 comments:

  1. SAPP kalah teruk kerana rakyat Sabah mmg menolak SAPP

    ReplyDelete
  2. SAPP harus terima kekalahan teruk mereka.

    ReplyDelete
  3. adalah lebih baik jika SAPP dibubarkan saja, parti ini tiada guna sudah..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.