Sementara itu, bekas Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee turut gagal dalam usahanya memenangi kerusi DUN Likas apabila tewas teruk dengan hanya memperoleh 1,487 undi. - BERITA HARIAN
Selepas keputusan PRU13 dikeluarkan, apa agaknya pandangan Datuk Yong Teck Lee mengenai kekalahan teruk SAPP dan juga beliau sendiri? Sebelum ini Yong menuntut 40 daripada 60 kerusi DUN dari Pakatan Rakyat. Andaikata PR bersetuju dengan tuntutan tersebut, pasti pembangkang Sabah gagal memenangi sebarang kerusi DUN di negeri ini.
Terbukti pada hari ini (selepas PRU13), kemunculan SAPP dalam arena politik Sabah hanya sebagai "pengacau undi". Jika presidennya sendiri boleh kalah teruk, inikan pula partinya? Jesteru, melihat kepada kekalahan teruk SAPP ini, maka layaklah SAPP dibubarkan dan Yong Teck Lee wajar bersara dari politik untuk selama-lamanya.
Pilihanraya Umum kali ini juga berjaya membuktikan bahawa sikap tamak Yong Teck Lee tidak pernah pudar dalam dirinya, malah semakin menebal seiring dengan semangat beliau yang berkobar-kobar mahu menduduki kerusi Ketua Menteri untuk kali kedua. Percayalah bahawa cita-cita Yong Teck Lee tidak akan tercapai kerana rakyat Sabah tidak pernah lupa kesengsaraan yang dialami mereka ketika Yong menduduki tampuk pemerintahan negeri ini.
Walaupun pemimpin-pemimpin SAPP terpekik-pekik melaungkan slogan "Sabah For Sabahan" disamping mempopularkan agenda "IC for Sabahan", namun prestasi dan imej buruk Yong Teck Lee tetap menjadi pertimbangan rakyat dalam membuat keputusan. Perjuangan SAPP yang bersifat kenegerian juga turut menyumbang kepada kegagalan parti itu dalam meraih sebarang kerusi pada Pilihanraya Umum ke-13 ini. Ternyata pemikiran matang rakyat Sabah tidak mudah dipengaruhi oleh agenda sempit yang boleh mendatangkan bahaya atau mengundang kecelaruan dalam negeri ini.
Walaupun Bullet tidak berpuas-hati dengan keputusan sebilangan rakyat negeri ini yang menolak calon berwibawa BN Sabah, namun Bullet tetap merasa lega apabila mengetahui SAPP gagal meraih sebarang kerusi..
**DARI AWAL BERKEMPEN HINGGALAH KEPADA TARIKH MEMBUANG UNDI, SAPP HANYA MENANG BENDERA
kekalahan SAPP do semua kerusi termasuk Yong Teck Lee menunjukkan bahawa SAPP mmg ditolak rakyat
ReplyDeleteya.. lebih baik SAPP dibubarkan saja, SAPP parti yang ditolak rakyat
ReplyDelete