KUALA LUMPUR: Gara-gara didakwa sebagai pengundi hantu, seorang lelaki kurang upaya (OKU) digertak manakala dua lagi dihalang daripada mengundi pada pilihan raya umum ke-13 Ahad.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata OKU berusia 30an itu digertak sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka pemantau pilihan raya, dengan menuduh lelaki tersebut 'pengundi hantu' ketika selesai mengundi di sebuah pusat pengundian di kawasan Parlimen Lembah Pantai di sini.
"Kad pengenalan milik mangsa dirampas selain mangsa dipaksa menjawab segala pertanyaan yang diajukan bertujuan untuk memastikan tahap kefasihannya berbahasa Melayu dan kepastian sama ada mangsa bertaraf warganegara atau sebaliknya.
"Tetapi disebabkan kekurangannya yang bisu, dia telah dituduh sebagai pengundi hantu. Oleh kerana bimbangkan keselamatannya, satu laporan polis telah dibuat di balai berhampiran sejurus selepas kejadian itu," katanya di sini Ahad.
Sementara itu di Rawang, suami seorang pegawai polis dihalang mengundi oleh sekumpulan lelaki di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Gering di sini, dalam kejadian 10 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata Tajudin N. Anverbachana, 40an dihalang sekumpulan lelaki memakai baju kuning ketika mahu memasuki pusat pengundian di situ.
"Mangsa berkata kumpulan individu itu datang menghalang dan bertanya beliau dari mana. Mereka turut minta kad pengenalan dan memaksa mangsa menyanyikan lagu 'Negaraku'," katanya.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Rawang.
Sementara itu, di Cheras, seorang lagi lelaki yang wajahnya seperti warga Bangladesh dihalang mengundi oleh sekumpulan individu yang mendakwa mereka sukarelawan pemantau pilihan raya.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian pukul 10.30 pagi di Taman Segar itu, R. Rameish, 44, gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi setelah kad pengenalannya dirampas oleh kumpulan terbabit dengan alasan wajahnya iras warga Bangladesh.
Mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran bertujuan menyuarakan haknya sebagai warganegara Malaysia.
--BERNAMA
Tengok muka tak hensem, terus dilabelnya sebagai pengundi hantu? Patutlah banyak dakwaan dipihak pembangkang kononnya wujud pengundi hantu, asing dan sebagainya. Rupanya penilaian mereka hanya berdasarkan pada paras rupa, bukannya dokumen pengenalan diri. Kalaupun pemantau pilihanraya ini MERAGUI status kerakyatan seseorang, tidak perlulah guna hukum rimba hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang yang TIDAK bersalah.
Lebih mendukacitakan, apabila ada rakyat negara ini yang gagal menunaikan tanggungjawab disebabkan oleh kebodohan sukarelawan pemantau pilihanraya yang berjaya membuktikan sikap mereka yang tidak bertamadun. Sebelum tiba hari mengundi, bukan main lagi pembangkang dan ngo pro pembangkang meminta rakyat supaya turun mengundi beramai-ramai, tapi bila tiba saat mengundi, hak mereka pula dinafikan dengan sepak terajang dan rampasan kad pengenalan.
Sebelum kepala puak-puak terdesak ini menjadi lebih besar, eloklah tindakan paling tegas dikenakan terhadap semua kumpulan pengganas yang mendakwa diri mereka sebagai sukarelawan pemantau pilihanraya.
hnya kerana rupa nak label pengundi hantu. isk2.. teruk2
ReplyDelete