Wednesday, May 15, 2013

Presiden AS iktiraf proses dan keputusan PRU13

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini Selasa, Pejabat Perdana Menteri berkata dalam perbualan itu, Presiden AS itu juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Okt.

"Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Presiden AS itu juga menyentuh mengenai topik perdagangan dua hala dan pelbagai hala dan secara spesifik mengenai 'Trans Pacific Partnership', dan berharap inisiatif itu dapat dimuktamadkan lebih awal.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan isu Pengawalan dan Pelucutan Senjata Nuklear.

Najib berkata beliau menghargai panggilan peribadi itu dan minat yang ditunjukkan oleh Obama ke atas Malaysia, dan hasrat beliau untuk menjalin hubungan lebih erat antara kedua-dua negara dan pentadbiran.


**SEMAKIN MEROYAN LAH ANWAR LEPAS NI.. PATUTLAH ANWAR BERIYA-IYA MAHU MENGADAKAN DEMONSTRASI JALANAN.. NAK HARAPKAN SOKONGAN RAKYAT DAN NEGARA-NEGARA LUAR, TUNGGU 1000 TAHUN PUN BELUM TENTU AKAN DIBERIKAN MANDAT.. MAHU TAK MAHU, TERPAKSALAH ORANG TUA KUTUK TU AJAK INSAN-INSAN YANG TAK PAHAM UNDANG-UNDANG UNTUK MELAKUKAN KEKACAUAN DALAM NEGARA ..

5 comments:

  1. resden AS pun beri sokongan kepada najib.. Anwar ja yng syok sendiri

    ReplyDelete
  2. As any responsible law-abiding citizen, I voted at the 13th General Election. Malaysians have spoken. The results may be encouraging to some and disheartening to others. But in everything, there are victors and the vanquished.

    ReplyDelete
  3. We have to move on to make our democratic institution more effective as we evolve to become a mature democracy. The victor and the vanquished should not cry over spilt milk.

    ReplyDelete
  4. The prime minister has called for reconciliation and unity. It does not matter who governs at the end of the day. What matters is how they govern.

    ReplyDelete
  5. All parties, including the media, must be responsible in promoting unity under the 1Malaysia concept. If we love Malaysia, we must cherish its unity and the multi-racial population, and stop harping on racial issues.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.