Saturday, May 25, 2013

Ketua Cabang PKR Keluar Parti Adalah Perkara Biasa Kata Azmin

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan Ketua PKR Cabang Tuaran, Ansari Abdullah yang mengisytiharkan keluar dari parti sebagai perkara biasa berlaku dalam mana-mana parti politik.

"Isu calon ini berlaku dalam semua parti politik...akhirnya parti perlu membuat keputusan dan satu kawasan hanya kita boleh hantar satu calon. Maka sudah tentulah ada yang tidak puas hati," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Nasional Keadilan di sini, Sabtu.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata parti perlu terlebih dahulu melalui proses rundingan yang kadangkala mengambil tempoh yang panjang sebelum membuat keputusan.

Katanya, sekiranya kata putus masih belum dicapai melalui proses rundingan tersebut, pimpinan tetap perlu membuat keputusan yang pastinya akan dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu.

"Apabila keputusan dibuat, sudah tentulah ada pihak yang terima dan tak terima," katanya.

Ansari pada Jumaat mengumumkan keluar parti melalui laman Facebook miliknya.

Beliau berkata sudah lama memasang niat untuk meninggalkan bidang politik tetapi terpaksa menangguhkan hasrat tersebut demi menjaga hati rakan seperjuangan yang memintanya tidak berbuat demikian.


BETUL LAH KATA AZMIN BAHAWA KETUA CABANG PKR KELUAR PARTI ADALAH PERKARA BIASA BAGI PARTI ITU. BEBERAPA HARI SEBELUM HARI MENGUNDI (5 MEI), EMPAT KETUA CABANG PKR SABAH JUGA TELAH KELUAR MENINGGALKAN PARTI ITU ATAS ALASAN YANG SAMA. MALAH BERATUS AHLI TERMASUK AJK PKR SABAH JUGA TELAH KELUAR MENYERTAI UMNO, DAN DIJANGKA BERIBU LAGI AKAN MELAKUKAN TINDAKAN YANG SAMA.. SO, MEMANG BETUL LAH TINDAKAN KELUAR PARTI DALAM PKR ADALAH PERKARA BIASA..

ALASAN YANG CUBA DIKETENGAHKAN AZMIN DENGAN MENGGAMBARKAN ANSARI DIPIHAK YANG SALAH KERANA ENGGAN MENERIMA KEPUTUSAN PARTI ITU TERNYATA TIDAK CUKUP MEYAKINKAN. JIKA BENARLAH KEPUTUSAN YANG DIBUAT MENGAMBIL TEMPOH YANG PANJANG, BAGAIMANA KEPUTUSAN ANWAR LEBIH MEMIHAK KEPADA WILFRED BUMBURING DAN LAJIM UKIN YANG BELUMPUN GENAP SETAHUN MENYERTAI PARTI ITU?? DISEBABKAN KEPUTUSAN TERBURU-BURU ANWAR, MAKA TERPAKSALAH ANWAR BERPUTIH MATA SETELAH GAGAL MENAWAN DUA KERUSI PARLIMEN (BEAUFORT DAN TUARAN).

KEGAGALAN PKR MENAWAN DUA KERUSI PARLIMEN TERSEBUT ADALAH BUKTI KUKUH BAHAWA PKR TERLALU LEMAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.. BUKAN KERANA KEKURANGAN GOLONGAN BIJAK PANDAI DALAM PARTI ITU, TETAPI DISEBABKAN OLEH SIKAP ANWAR YANG LEBIH MEMENTINGKAN KRONI DAN NAFSU BELIAU BERBANDING DENGAN TUNTUTAN AHLI-AHLINYA.. KELEMAHAN SEPERTI INI JUGALAH YANG MEMBUATKAN ANWAR GAGAL MENCAPAI IMPIANNYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI.. NAMUN DISEBABKAN SIKAP MEMBOHONG DAN MEMFITNAH SUDAH MENJADI DARAH DAGING ANWAR, MAKA SEMUA KELEMAHAN BELIAU DENGAN MUDAH DISEMBUNYIKAN SEMUDAH MENUDUH SPR DAN BN MELAKUKAN  PENIPUAN PILIHANRAYA.

DENGAN TINDAK TANDUK ANWAR SEJAK KEBELAKANGAN INI YANG BANYAK MENIMBULKAN RASA MELUAT DAN MENYAMPAH DIKALANGAN RAKYAT NEGARA INI, SAYA HARAP LEBIH RAMAI AHLI-AHLI PKR ATAU PAKATAN RAKYAT AKAN MENGIKUT JEJAK LANGKAN ANSARI..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.