Monday, May 13, 2013

Dalam PKR hanya ada angan-angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri

SAYA terpanggil memberi kenyataan berhubung himpunan yang dibuat di Stadium Kelana Jaya rabu lepas, gara-gara tidak puas hati Pakatan Rakyat yang mengalami kekalahan pada PRU-13 sehingga menuntut Suruhanjaya Pilihanraya mengulang semula PRU-13; kononnya ada unsur penipuan.

Saranan saya kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, terimalah hakikat bahawa Pakatan Rakyat dan PKR sudah kalah pada Pilihanraya kali ini.

Insaflah. Janganlah menghasut dan memperalatkan rakyat Malaysia lagi untuk turun ke jalan raya; kononnya PRU-13 penuh dengan penipuan dan segala macam fitnah yang memualkan.

Wahai Anwar Bin Ibrahim, sedarlah bahawa usia anda sudah senja dan seharusnya bersaralah dari arena Politik dan teruskanlah menjadi guru seperti kenyataan anda sebelum PRU-13 ini yang berbunyi;

“Kalau Pakatan Rakyat Kalah Saya Akan Bersara Dan Akan Menjadi Guru.”

Bukankah angan-angan ini baik untuk anda dan juga seluruh rakyat Malaysia. Sudahlah. Kalau kalah, terimalah kekalahan. Jangan libatkan rakyat yang tidak berdosa menanggung dosa anda selama ini.

Saya juga menyeru kepada saudara saya yang masih berada dalam PKR, janganlah diperalat dan dibelenggu Anwar Ibrahim. Sedarlah selama 14 tahun kita bersama dalam PKR, berjuang untuk menegakkan keadilan, sebenarnya sudah tidak ada KeADILan dalam PKR sejak Anwar menjadi Ketua Umum.

Yang jelas dalam PKR hanya ada angan-angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Ketahuilah bahawa selama ini kita hanya di perbodohkan dan diperalat untuk mencapai nafsu syahwat manusia bernama ANWAR IBRAHIM!

Pandangan ini hanya lahir dari hati kecil saya dan bukan melibatkan semua rakan dalam PKR ataupun Pakatan Rakyat.

Salam Hormat,

ZAINUDDIN HASSAN
Mantan Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi.

3 comments:

  1. parti keadilan ditubuhkan dulu pun hnya kerana nak perjuangan Anwar

    ReplyDelete
  2. Anwar hnya brjuang untuk menjadi PM bukan untuk rkyat

    ReplyDelete
  3. Anwar bijak membuat halusinasi kepada rakyat... Hidup di dunia ini hanya sementara.. Jawatan PM hanya di dunia, wahai Anwar....Akhirat kekal abadi.. Anwar tak pernah terfikir ke ibadah untuk persiapan masa akhirat? Itulah jadinya apabila manusia terlalu sayangkan dunia... Bukankah Allah menjanjikan taraf yang berkali ganda lebih baik jika Anwar meluangkan masa menjadi pendakwah bebas? Mengapa jawatan PM juga dikejar?

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.