Friday, April 26, 2013

Perincian 16 Perkara Manifesto BN Sabah

1. MENANGANI PENDATANG HARAM

  • Komitmen untuk melaksanakan saranan-saranan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berpandukan kepada penyiasatannya terhadap penghijrahan pendatang haram.
2. ORDINAN TANAH
  • Komitmen untuk memelihara dan memperkenalkan ordinan tanah yang relevan dan institusi untuk menyelesaikan pertikaian tanah melibatkan Hak Anak Negeri (NCR) serta mempercepatkan pemprosesan permohonan tanah.
3. KEAMANAN & KESELAMATAN DI BAWAH KAWASAN KESELAMATAN TIMUR SABAH
  • ESSCOM diwujudkan untuk mempertahankan keamanan, melindungi rakyat dan menjamin keselamatan dan kedaulatan Sabah.
  • Menubuhkan kawalan bersama antara awam, polis dan tentera untuk menyelamatkan pantai Sabah daripada pencerobohan.
  • Memperkenalkan 5 batalion anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  • Menambah anggota daripada Pasukan Gerakan Am (GOF) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Mendirikan ibu pejabat di Lahad Datu, meliputi kawasan pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.
4. PELUANG SAKSAMA DALAM PERKHIDMATAN NEGERI
  • Memastikan peluang yang saksama berdasarkan merit untuk semua rakyat Malaysia dan mewakili setiap kaum, cekap serta memberi perkhidmatan mesra rakyat.
5. INDUSTRI MINYAK & GAS
  • Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah.
  • Mendapatkan lebih banyak manfaat dan penyertaan rakyat tempatan dalam industri minyak dan gas negeri Sabah.
6. PERJANJIAN 20 PERKARA
  • Akan terus mendokong, memaju dan memelihara semangat Perjanjian 20 Perkara.
7. PEMBASMIAN KEMISKINAN
  • Mengurangkan tahap kemiskinan kepada 3% dalam tempoh 5 tahun dengan menyelaras semua program kerajaan untuk memperkasa masyarakat setempat supaya berdikari dan dengan melaksanakan program-program transformasi untuk merubah cara berfikir, membina watak, dan kecekapan mereka.
8. MEMELIHARA ALAM SEKITAR
  • Memastikan penggunaan yang efisien dan pengurusan sumber alam yang mampan.
  • Komitmen untuk memelihara alam sekitar, keindahan semulajadi, aset-aset negeri.
  • Mensasarkan 2014 sebagai tahun pensijilan untuk kawasan hutan berlesen jangka panjang di bawah Forest Stewardship Council (FCS) dan standard alam sekitar yang lain.
9. MEMBANTERAS RASUAH
  • Memasti dan memperbaiki ketelusan dan tadbir urus di semua peringkat perkhidmatan kerajaan.
10. PERUNDINGAN DENGAN MASYARAKAT DALAM PEMBUATAN DASAR
  • Mengukuhkan sistem perundingan yang memastikan penyertaan rakyat dari semua peringkat dalam proses membuat keputusan.
11. SASARAN TERHADAP PEMBANGUNAN BELIA & SUKAN
  • Menyediakan lebih banyak kemudahan latihan untuk para belia bagi melengkapkan mereka menjadi aset penting dalam pembangunan negara.
  • Memperkukuhkan kejurulatihan dan kemahiran pengadilan, menyediakan kemudahan-kemudahan sukan bagi melahirkan generasi atlit yang akan mengharumkan Negeri dan Negara.
  • Memperluaskan program-program yang menggalakkan gaya hidup sihat.
12. MEMPERKASAKAN WANITA & MEMASTIKAN KESAKSAMAAN GENDER
  • Meningkatkan penyertaan wanita secara efektif dalam tenaga kerja dan memastikan kesaksamaan gender dalam membuat dasar di semua peringkat politik, sosial dan ekonomi.
13. MENINGKATKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
  • Membina kumpulan tenaga kerja yang dinamik dan kemahiran kepimpinan yang sesuai dengan ekonomi moden.
  • Memastikan peluang-peluang saksama bagi semua kaum dan gender untuk mendapatkan bantuan-bantuan pendidikan seperti pinjaman, biasiswa dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam tempatan.
14. PENYERTAAN DALAM EKONOMI MODEN
  • Mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk memenuhi ekonomi moden dan yang berasaskan industri.
  • Menjalankan kajian dan pelaburan untuk memajukan dan mencapai ekonomi berorentasikan eksport.
  • Memastikan penyertaan Bumiputera yang berkembang dan berkesan dalam bidang perdagangan dan industri.
15. MERAPATKAN JURANG PEMBANGUNAN ANTARA BANDAR & LUAR BANDAR
  • Meningkatkan taraf hidup semua masyarakat tempatan di luar bandar terutama di kawasan pedalaman Sabah.
  • Meluaskan rangkaian jalan raya di kawasan luar bandar untuk memajukan pembangunan dan perniagaan.
  • Akan terus mengawal, memantau senarai harga barangan keperluan asas, dan memperkenalkan dasar-dasar dan langkah-langkah tambahan untuk mengurangkan kos sara hidup.
16. KEBERKESANAN BADAN-BADAN NEGERI
  • Mengelakkan pembaziran yang tidak munasabah dan memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian awam.
  • Memperbaiki pentadbiran agensi-agensi kerajaan untuk memelihara kepentingan awam dan memaksimumkan pulangan kepada kerajaan.
  • Memastikan kebertanggungjawaban awam ke atas semua agensi-agensi negeri dan pegawai-pegawai.

8 comments:

  1. Saya nak share la info kawan..hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERUSKAN.. AGENDA BAIK BN MEMANG WAJIB DISEBAR-SEBARKAN..

      Delete
  2. Manifesto ini ilhamkan adalah sangat berbeza dengan manifesto pembangkang yang tidak benar dan tidak boleh dilaksanakan,

    ReplyDelete
  3. manifesto ini juga merakamkan bukti kejayaan dan pencapaian Kerajaan BN Sabah yang menjadi tulang belakang kepada kestabilan politik, kemakmuran sosial dan kemajuan ekonomi di Sabah.

    ReplyDelete
  4. Intipati manifesto BN Sabah juga lebih realistik, praktikel, menyeluruh, lengkap, mengambil kira dan kehendak pelbagai lapisan rakyat.

    ReplyDelete
  5. BN yakin bahawa semua manfaat itu akan dinikmati semua pihak termasuklah pemimpin dan penyokong parti pembangkang

    ReplyDelete
  6. BN Sabah yakin bahawa rakyat matang dalam membuat pilihan terbaik berdasarkan pencapaian kita dalam semua bidang dalam negeri Sabah

    ReplyDelete
  7. anifesto yang dilancarkan itu akan terus memacu pembangunan negeri dalam semua sudut serta meneruskan perjuangan membela nasib kebajikan rakyat Sabah.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.