Wednesday, May 8, 2013

Bekas Calon DUN Melalap Tinggalkan SAPP

KELUAR.... Roger Stimin (tengah) bersama para petugas kempen beliau semasa PRU13 yang telah meninggalkan perjuangan sia-sia dalam SAPP.
TENOM: Bekas Calon Parti Maju Sabah (SAPP) DUN Melalap, Roger Stimin mengumumkan bahawa perjuangannya dalam politik akan diteruskan atas landasannya sendiri, sebaliknya tidak lagi bernaung di bawah SAPP. 

Beliau berkata, perletakan jawatannya selaku Ahli Majlis Tertinggi dan keahlian parti SAPP akan menyusul dalam masa terdekat ini, di mana beliau akan melepaskan sangkutan dalam parti itu untuk lebih fokus terhadap agenda perjuangannya. 

“Saya akan terus memberi perkhidmatan kepada masyarakat di sini secara sukarela dan akan datang menemui anda semua setiap sebulan sekali, walaupun telah gagal dalam percubaan pertama pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13). 

“PRU-14 kini agenda saya dan akan terus berkhidmat kepada masyarakat di sini untuk selama 5 tahun atas kapasiti saya sendiri,” kata beliau ketika menemui lebih seratus petugas kempennya pada Selasa di Hotel Perkasa dekat sini. 

Bagaimana pun kata Roger, beliau bertindak meninggalkan SAPP tidak bertujuan untuk menyertai mana-mana parti dalam Barisan Nasional (BN) mahupun parti pembangkang yang lain tetapi beliau bertegas untuk meneruskan perjuangannya atas daya usahanya sendiri sama seperti NGO yang lain. 

Tegasnya, meskipun tewas dalam PRU13, namun momentum rakyat untuk mahukan perubahan masih berkobar-kobar terutama golongan muda dan pertengahan umur berdasarkan analisis laporan pengundian bagi setiap saluran pusat daerah mengundi di mana golongan itu lebih condong kepada calon muda. 

Dalam pada itu, ketika berdialog, seorang Ketua Markas Kg Bunut, Juking Kilan, 67, mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Roger Stimin yang disifatkannya sebagai tepat demi menentukan kelangsungan masa depan karier politiknya. 

SAPP sudah tidak relevan lagi dalam meneruskan politiknya. Sepatutnya kita buat tindakan ini sejak dari awal lagi supaya perjuangan tidak sia-sia...apa jadi sekarang? Akhirnya kita kecundang malah tidak sampai ke matlamat yang dituju. 

“Saya setuju jika kita mengambil langkah bersendirian kerana Roger Stimin masih muda berwawasan dan mempunyai halatujunya sendiri untuk membangun kawasan Melalap,” tegas beliau yang juga bekas Ketua Kampong Kg Bunut. 

Manakala Raymond Emus Gintod, bekas Pengetua Sekolah Menengah yang telah bersara berkata, perjuangan politik Roger Stimin masih di peringkat awal dan masih ada ruang baginya untuk memenuhi impian rakyat yang mahukan beliau menjadi pemimpin mereka suatu hari nanti asalkan landasan perjuangan yang digunakan boleh diterima rakyat pelbagai lapisan masyarakat. 

Selain itu, berbagai reaksi dan pendapat diluahkan hadirin di mana rata-rata menggesa Roger Stimin supaya meninggalkan parti itu kerana mendakwa bahawa undi yang diperolehinya sejumlah 2,044 adalah penyokong tegar beliau.


**SEBAIK SAPP KELUAR DARIPADA KOMPONEN BARISAN NASIONAL, PADA WAKTU ITU SAPP SEBENARNYA SUDAH SEPARUH KARAM. SEBAB ITU RAMAI PEMERHATI POLITIK MERAMALKAN BAHAWA SAPP TIDAK AKAN MAMPU MEMBENTUK KERAJAAN SELEPAS KELUAR DARI BN. REKOD PENTADBIRAN YONG TECK LEE SEMASA BELIAU MENDUDUKI KERUSI KETUA MENTERI SABAH JUGA MENYAKSIKAN LEBIH BANYAK KEBURUKAN BERBANDING DENGAN KEBAIKKAN.

BULLET HARAP, SELEPAS INI LEBIH RAMAI AHLI-AHLI SAPP AKAN KELUAR MENINGGALKAN PARTI LAPUK INI. KALAU TIDAK SUDI MENYERTAI BN PUN, SEKURANG-KURANGNYA MEREKA DAPAT AMBIL TINDAKAN YANG BOLEH MENGUBURKAN HASRAT YONG TECK LEE UNTUK MENJAJAH SABAH KALI KEDUA.

**KEPADA SEMUA PEMIMPIN-PEMIMPIN MUDA YANG MASIH BERADA DALAM SAPP, JANGAN SIA-SIAKAN PERJUANGAN ANDA DENGAN MEMILIH SAPP SEBAGAI PLATFORM BAGI MELAKSANAKAN MISI PERJUANGAN ANDA..

2 comments:

  1. mmg patut dia keluar. SAPP adalah parti lemah, satu kerusi pun tidak menang

    ReplyDelete
  2. lebih baik SAPP dibubarkan saja.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.