Thursday, May 2, 2013

Pembangkang Paksa Penduduk Minum Air Bukit

KOTA KINABALU : Pengundi di Parlimen Sepanggar perlu menolak parti pembangkang berikutan terbukti gagal menyelesaikan masalah kemudahan asas termasuk 'Bekalan Air Bersih' di sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kebayau, Telipok selepas meninggalkan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu. 

Calon Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris berkata, perkara ini dilihat begitu serius memandangkan masalah itu telah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada sebarang tindakan bagi mengatasi masalah berkenaan. 

Katanya, penduduk di Kampung Kebayau Telipok serta kawasan kampung sekitarnya terpaksa 'Minum Air Bukit' berikutan wakil rakyat terdahulu gagal membawa pembangunan bagi penduduk kampung yang tinggal di kawasan bukit-bukau. 

“Kita melalui Barisan Nasional (BN) hanya berbekalkan sedikit peruntukan membawa beberapa peralatan paip plastik untuk diageh-agehkan kepada penduduk kampung bagi mendapatkan air paip graviti yang dilakukan secara bergotong-goyong bersama penduduk kampung terbabit. 

“Secara peribadi saya begitu begitu sedih dengan keadaan yang berlaku di sekitar Kampung Kebayau Telipok serta kawasan berhampiran dengan sedangkan mereka ini merupakan penyokong kuat kepada parti Barisan Nasional (BN), tetapi sayang sekali wakil rakyat mereka meninggalkan BN,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam siri jelajah kempen Pilihan Raya Umum ke-13 di Kampung Kebayau Telipok serta Taman Telipok Ria di Kota Kinabalu, di sini kelmarin. 

Hadir sama, Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid; Timbalan Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Yakub Khan dan Ketua Pusat Daerah Mengundi Kawasan Kampung Kebayau, Marino Ahmad. 

Jumat yang juga Ketua Umno Bahagian Sepanggar berkata, sekiranya dipilih di Parlimen Sepanggar beliau berjanji akan memastikan masalah bekalan air bersih serta kemudahan asas yang lain akan menjadi agenda keutamaannya. 

“Pengundi perlu memilih parti Barisan Nasional (BN) yang sudah terbukti berupaya menyelesaikan masalah rakyat di seluruh negara secara berperingkat-peringkat termasuk beberapa masalah kemudahan asas membabitkan jalan raya, bekalan air bersih, pembaikan rumah serta penubuhan dewan mini untuk kegunaan penduduk di sekitar kampung berdekatan. 

“Kamu jangan mudah terpengaruh dengan parti pembangkang, mereka hanya pandai berkata-kata menjelang kempen pilihan raya selepas menang atau kalah batang hidung pun tidak kelihatan untuk meninjau masalah di peringkat kampung,” katanya. 

Sementara itu ketika berucap di hadapan 3,000 penduduk di Dewan Telipok Ria Kota Kinabalu, Jumat berkata, penduduk di Taman Telipok Ria perlu meneruskan memilih Calon Parlimen Sepanggar untuk mewakili mereka sekali gus mampu menyelesaikan masalah mereka. 

“Kita sudah maklum terhadap masalah yang dihadapi penduduk di Taman Telipok Ria. Tempoh kempen selama 15 hari masih tidak mencukupi untuk calon BN menyelesaikan masalah mereka. 

“Kita perlu mandat besar daripada pengundi di Parlimen Sepanggar agar masalah membabitkan isu tanah, masalah air serta masalah kemudahan asas dapat diatasi secara berperingkat-peringkat,” katanya. 

Jumat berkata, Umno Bahagian Sepanggar sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk menyediakan beberapa lokasi tanah yang bersesuaian bagi membolehkan mereka kembali menetap semula di Parlimen Sepanggar. 

“Kita begitu memahami masalah dihadapi penduduk di Taman Telipok Ria sejak dipindahkan dua tahun lalu secara berperingkat-peringkat termasuk kos perbelanjaan bayaran sewa rumah serta tambang bas sekolah anak-anak, “ katanya. 

Jumat berkata, beliau yakin penduduk Taman Telipok Ria merupakan penyokong tegar kepada Barisan Nasional sekali gus memerlukan masalah mereka dapat diatasi secara berperingkat-peringkat di masa depan.

10 comments:

  1. Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris
    bertekad untuk memperhebatkan lagi program pembangunan secara holistik
    di kawasan Parlimen itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

    ReplyDelete
  2. Memperincikan wawasannya untuk Parlimen Sepanggar, Jumat berkata beliau
    mahu menumpukan usaha untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera tempatan
    dalam aktiviti perindustrian di kawasan Taman Perindustrian Kota
    Kinabalu (KKIP) di Sepanggar.

    ReplyDelete
  3. Saya juga mahu melihat pelaburan swasta yang bertambah dan seterusnya
    menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada orang-orang kita,
    khususnya anak-anak muda Sepanggar.

    ReplyDelete
  4. Selain hab perindustrian KKIP, Jumat turut meletakkan harapan supaya
    Sepanggar terus memainkan peranan penting sebagai hab pendidikan Sabah.

    ReplyDelete
  5. dua pusat pengajian tinggi awam termasuk Universiti Malaysia Sabah
    (UMS) dan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta
    beberapa institut kemahiran termasuk institut latihan perindustrian ada
    dalam kawasan Parlimen Sepanggar.

    ReplyDelete
  6. Jumat yang memberi penekanan kepada program turun padang dan
    mengetengahkan masalah rakyat untuk ditangani kerajaan juga berjanji
    untuk berusaha bagi memaksimumkan penggunaan tapak tanah kerajaan di
    kawasan Sepanggar, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai
    untuk projek perumahan rakyat.

    ReplyDelete
  7. Dalam hal ini, saya akan cuba berbincang syarikat-syarikat perumahan
    milik kerajaan Persekutuan bagi melihat kesesuaian kawasan tanah
    terbabit dan seterusnya membina rumah yang diperlukan.

    ReplyDelete
  8. Bagi DUN Inanam yang juga terletak dalam kawasan Parlimen Sepanggar,
    Jumat meletakkan sasaran untuk memajukan lagi industri pelancongan
    dengan memperbanyakkan tarikan semula jadi menerusi Skim Inap Desa.

    ReplyDelete
  9. Di samping terkenal dengan tarian tradisi Kadazandusun, banyak kawasan
    kampung di Inanam yang berpotensi untuk menyertai program inap desa,

    ReplyDelete
  10. Jumat juga bertekad untuk memperhebatkan lagi aktiviti pertanian, terutama penanaman nanas di kawasan bukit di DUN Inanam

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.